A Tazkirah 4 All Muslims in the World

A Tazkirah 4 All Muslims in the World

Sunday, February 17, 2008

Presentation Time (12.02.08)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Akhirnya, sampai juga waktu yang kami ahli-ahli G2 nantikan iaitu pembentangan slide show. Presentation pertama dimulakan dengan grupku. Mahirah yang jadi presenter sementara aku mengendalikan slide show tersebut. Oleh kerana kami adalah pioneer, maka banyak juga pandangan-pandangan membina yang diterima sama ada dari Prof sendiri juga dari sahabat-sahabiah yang lain.Apa yang aku pelajari hari ini adalah:

1. Lakukan set induksi untuk menarik minat pelajar
2. Semasa presentation slide show di dalam kelas, cuba pilih beberapa subtopik yang perlu ditekankan sahaja dek kerana masa pengajaran yang singkat (30-40 minit). Ini akan memudahkan pemahaman anak didik kita terhadap sesuatu topik tersebut.
3. Lakukan komunikasi dua hala dengan pelajar-pelajar bagi melihat tahap pemahaman mereka terhadap pelajaran tersebut.
4. Usahakan untuk melakukan slide show yang menarik dan kreatif
5. Give them homework berkaitan tajuk yang dipelajari sebagai suatu bentuk peneguhan

Alhamdulillah, tunjuk ajar yang Prof berikan kepada grup kami itu hikmahnya telah mengubah corak presentation menjadi mini mikro teaching bagi grup2 lain pula.:).Prof bertanya sama ada kami ingin menambahbaikan slide show ini atau tidak mengubahnya dan insya Allah kami bercadang untuk mengubahnya agar lebih berkualiti lagi berbanding presentation hari ini.

Hari ini juga aku ada menanyakan Prof mengenai apakah isi kandungan yang sesuai untuk aku coretkan pada blog aku ini. Prof terus bagi respon yang alhamdulillah sama dengan kefahaman ku sebelum ini iaitu apa-apa yang aku dapat daripada setiap kelas.;)

No comments: