A Tazkirah 4 All Muslims in the World

A Tazkirah 4 All Muslims in the World

Sunday, March 2, 2008

Di minggu ke-7 dan ke-8 pengajianku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,ada waktu free sikit ni untuk aku coretkan sesuatu pada blog aku ni.

Hari ni (19.02.08), kami G2 telah bersama-sama mendengar dan menyaksikan presentation yang disediakan oleh ahli group Cik Chin mengenai bagaimana nak attract student untuk ke makmal komputer sekolah. Macam-macam ada dan semuanya canggih-canggih. Mantap!!! Tahniah sahabat-sahabiah...

Di minggu seterusnya (26.2.08), aku masuk kelas agak lewat sikit, bila nak masuk lab, aku lihat Cik Chin sudah ada dalam kelas. Rupa-rupanya, Prof akan masuk lewat sejam kerana ada hal penting dan sejam yang pertama ni akan Cik Chin handle. Hari ni aku belajar mengenai SchoolNet,salah satu daripada BBM yang menyeronokkan untuk diaplikasi sewaktu pengajaran kami kelak. Ianya boleh dilayari di http://myschoolnet.ppk.kpm.my/. Macam-macam yang ada di website ni. Maklumat lanjut mengenainya bolehlah sahabat-sahabiah terokai sendiri ye.;)

Selain itu, boleh juga lihat BBM ini dalam portal utusan di http://www.tutor.com.my/. Walau bagaimanapun, aku lebih menyukai SchoolNet kerana di dalamnya turut dimuatkan subjek Pendidikan Islam. Antara kekurangan yang dapat dikesan adalah lamanya proses paparan sesuatu video itu untuk ke udara dengan cepat dan kerap kali juga tersekat-sekat kerana ianya begitu berat. Cik Chin cakap sekali-sekala bolehlah kita menukar gaya pengajaran berorientasikan SchoolNet ni dan bukannya everyday :) koz bukan semua sekolah mempunyai kemudahan ICT.

Apabila Prof datang, kelas kembali kepada keadaan yang asal. Lama bebenar tak lihat Prof. ;)Insya Allah, minggu depan Prof akan memberi lecture berdasarkan nota-nota yang telah Cik Chin upload bagi memenuhi keperluan final kami nanti. Dan selepas PRU ke-12 nanti, kami perlu bersedia untuk melakukan presentation mengenai bagaimana hendak menarik minat pelajar untuk seronok datang ke Lab sekolah menggunakan kaedah verbal. Yang lebih penting,Prof nak other members yang present dan bukannya orang yang sama sewaktu pra mikro teaching dulu.:).

Wassalam...

No comments: