A Tazkirah 4 All Muslims in the World

A Tazkirah 4 All Muslims in the World

Sunday, February 17, 2008

Presentation Time (12.02.08)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Akhirnya, sampai juga waktu yang kami ahli-ahli G2 nantikan iaitu pembentangan slide show. Presentation pertama dimulakan dengan grupku. Mahirah yang jadi presenter sementara aku mengendalikan slide show tersebut. Oleh kerana kami adalah pioneer, maka banyak juga pandangan-pandangan membina yang diterima sama ada dari Prof sendiri juga dari sahabat-sahabiah yang lain.Apa yang aku pelajari hari ini adalah:

1. Lakukan set induksi untuk menarik minat pelajar
2. Semasa presentation slide show di dalam kelas, cuba pilih beberapa subtopik yang perlu ditekankan sahaja dek kerana masa pengajaran yang singkat (30-40 minit). Ini akan memudahkan pemahaman anak didik kita terhadap sesuatu topik tersebut.
3. Lakukan komunikasi dua hala dengan pelajar-pelajar bagi melihat tahap pemahaman mereka terhadap pelajaran tersebut.
4. Usahakan untuk melakukan slide show yang menarik dan kreatif
5. Give them homework berkaitan tajuk yang dipelajari sebagai suatu bentuk peneguhan

Alhamdulillah, tunjuk ajar yang Prof berikan kepada grup kami itu hikmahnya telah mengubah corak presentation menjadi mini mikro teaching bagi grup2 lain pula.:).Prof bertanya sama ada kami ingin menambahbaikan slide show ini atau tidak mengubahnya dan insya Allah kami bercadang untuk mengubahnya agar lebih berkualiti lagi berbanding presentation hari ini.

Hari ini juga aku ada menanyakan Prof mengenai apakah isi kandungan yang sesuai untuk aku coretkan pada blog aku ini. Prof terus bagi respon yang alhamdulillah sama dengan kefahaman ku sebelum ini iaitu apa-apa yang aku dapat daripada setiap kelas.;)

Wednesday, February 6, 2008

Minggu ke-5 (05.02.08)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dengan izinNya kerana mendengar dan mempercayai naluri hatiku sendiri, aku masih dipanjangkan usia untuk menghadiri kuliah Prof Saedah pada pagi ini, walaupun menempuh sedikit kesulitan, hatiku berbisik..."Sabar Da,ini ujianNya untuk Da," dan Alhamdulillah, aku kuatkan semangat dan niatku untuk attend this class. Akan ku terangkan pada Prof punca kelewatan ku nanti dan kata-kata Us.Rahimi "Better Late Than Never" jelas berlegar-legar di kotak ingatanku.;)

Sebaik saja sampai di pekarangan Lab 2 dalam 0915, rupa-rupanya sahabat-sahabiahku masih berada di luar dan masih menunggu-nunggu ketibaan Prof. Suasana di fakulti memang sunyi bebenar hari ini dek kerana cuti semester yang telah bermula ditambah pula hanya group kami saja yang ada kelas sedangkan group 1 dan 3 telah pun menggantikan kelas mereka semalam. Alhamdulillah,sempat mengikuti kelas from the beginning at about 0945.

Oleh kerana, Prof ada meeting penting di IPS pagi ni dan proses ON perkakasan ICT ini will take much time, maka kelas hari ini, aku dan sahabat-sahabiah yang lain belajar menghadap ke belakang menggunakan tradisional methode (whiteboard and marker). Today I learn from Prof about 4 model/teori pembelajaran, teori kaedah pengajaran dan aplikasi kaedah/teknik dalam kelas. 4 model pembelajaran tersebut adalah tradisional (awal 20-an), behaviourisme (40-an hingga 50-an), cognitivisme (60-an hingga 80-an) dan constructivisme. Setelah belajar kesemua teori tersebut, barulah aku tahu di antara teknik yang pernah digunakan oleh para guruku dulu termasuklah nahu terjemahan (banyak dalam subjek yang diajari di sekolah menengah agama rakyat : Mutala'ah,Akhlak, Adab wa Nusus dll); latih tubi, hafalan, soal-jawab, latihan2 dan sebut-ulang (chorus).

Today I question: Bagaimana nak memahami teori kaedah pengajaran yang diberitahu oleh Prof dengan berkesan? Contohnya aku tidak jelas mengenai Kaedah Kod-Kognitif, Kaedah Generatif, Pembelajaran Kolaboratif, Pembelajaran Koperatif dan pelbagai istilah kontemporari yang diperkenalkan oleh Prof.(Kindly thanks for your response Prof). Mungkin juga kerana aku duduk di belakang dalam kelas hari ni, agak sukar untuk aku mendengar kuliah Prof dengan khusyuk dan Insya Allah, by hook by crook aku berazam untuk always berada di depan.

And b4 our class finished, Prof reminds us again about our group task and present the best slide show on next class, also always update our blog and individual journal.

Saturday, February 2, 2008

Pembelajaranku di minggu ke-3 dan minggu ke-4

Bismillahirrahmanirrahiim...

Bagi minggu ke-3 dan ke-4, Prof Saedah membincangkan mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai ABM. Rupa-rupanya banyak lagi ilmu-ilmu ICT yang perlu aku tahu dan pelajari secara mendalam bukan sekadar tahu teori saje. (-_;).Alhamdulillah, aku suka cara Prof memberi lecturenya, mendampingi kami, menunjuk ajar dan membuka pemikiran kami agar berfikir jauh ke hadapan dalam mengaplikasikan kekreatifan kami untuk memudahkan pengajaran kami di sekolah kelak, Insya Allah. Kadang-kadang malu juga aku pada Prof kerana tidak dapat menyebut teori-teori asas dalam pendidikan bila Prof mengajukan sebarang persoalan yang berkaitan (kerna inilah 1st time aku betul-betul serius untuk menceburkan diri dalam bidang perguruan + tiada setitik pun pengalaman mengajar like sahabat-sahabiah yang lain).

Persoalan yang bermain-main di mindaku adalah bagaimana aku nak menghasilkan sesuatu presentation yang luar biasa kreatifnya dalam subjek pengajaranku di sekolah nanti dan sekaligus mudah untuk para pelajarku memahami, ingat dan teringat-ingat dengannya kelak?

Bagi "tugasan" minggu ke-3, Prof ada meminta kami untuk membantunya mencari Where is the stars sama ada kami merujuk al-Qur'an, hadith, surfing internet etc. Selain itu, Prof juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut perihal diri kami in our own hand-writing dan menyertakan sekeping gambar kami yang sempoi.

Manakala tugasan berkumpulan kami yang seterusnya adalah menyediakan persembahan slide show bagi suatu topik dalam subjek Pendidikan Islam. Aku segroup dengan Mahirah, Aziah dan Azuni. Lagi 2 minggu (M 6) kami kena prezen. Each group will be given 5 – 7 minutes to present our tasks. Insya Allah, me and my group will do the best for our presentation,amin…

Wassalam.