A Tazkirah 4 All Muslims in the World

A Tazkirah 4 All Muslims in the World

Wednesday, February 6, 2008

Minggu ke-5 (05.02.08)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dengan izinNya kerana mendengar dan mempercayai naluri hatiku sendiri, aku masih dipanjangkan usia untuk menghadiri kuliah Prof Saedah pada pagi ini, walaupun menempuh sedikit kesulitan, hatiku berbisik..."Sabar Da,ini ujianNya untuk Da," dan Alhamdulillah, aku kuatkan semangat dan niatku untuk attend this class. Akan ku terangkan pada Prof punca kelewatan ku nanti dan kata-kata Us.Rahimi "Better Late Than Never" jelas berlegar-legar di kotak ingatanku.;)

Sebaik saja sampai di pekarangan Lab 2 dalam 0915, rupa-rupanya sahabat-sahabiahku masih berada di luar dan masih menunggu-nunggu ketibaan Prof. Suasana di fakulti memang sunyi bebenar hari ini dek kerana cuti semester yang telah bermula ditambah pula hanya group kami saja yang ada kelas sedangkan group 1 dan 3 telah pun menggantikan kelas mereka semalam. Alhamdulillah,sempat mengikuti kelas from the beginning at about 0945.

Oleh kerana, Prof ada meeting penting di IPS pagi ni dan proses ON perkakasan ICT ini will take much time, maka kelas hari ini, aku dan sahabat-sahabiah yang lain belajar menghadap ke belakang menggunakan tradisional methode (whiteboard and marker). Today I learn from Prof about 4 model/teori pembelajaran, teori kaedah pengajaran dan aplikasi kaedah/teknik dalam kelas. 4 model pembelajaran tersebut adalah tradisional (awal 20-an), behaviourisme (40-an hingga 50-an), cognitivisme (60-an hingga 80-an) dan constructivisme. Setelah belajar kesemua teori tersebut, barulah aku tahu di antara teknik yang pernah digunakan oleh para guruku dulu termasuklah nahu terjemahan (banyak dalam subjek yang diajari di sekolah menengah agama rakyat : Mutala'ah,Akhlak, Adab wa Nusus dll); latih tubi, hafalan, soal-jawab, latihan2 dan sebut-ulang (chorus).

Today I question: Bagaimana nak memahami teori kaedah pengajaran yang diberitahu oleh Prof dengan berkesan? Contohnya aku tidak jelas mengenai Kaedah Kod-Kognitif, Kaedah Generatif, Pembelajaran Kolaboratif, Pembelajaran Koperatif dan pelbagai istilah kontemporari yang diperkenalkan oleh Prof.(Kindly thanks for your response Prof). Mungkin juga kerana aku duduk di belakang dalam kelas hari ni, agak sukar untuk aku mendengar kuliah Prof dengan khusyuk dan Insya Allah, by hook by crook aku berazam untuk always berada di depan.

And b4 our class finished, Prof reminds us again about our group task and present the best slide show on next class, also always update our blog and individual journal.

2 comments:

Joan Palomino said...

eh , i dont understand your language but it seems interesting....on the other hand ...can you put some photos about you?

Joan Palomino said...

your blog needs life....put photos or videos ....and it will be funny.